Halaman

Memaparkan catatan dengan label Di tepi sungai Cheneh Baru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Di tepi sungai Cheneh Baru. Papar semua catatan

Selasa, 22 Jun 2010

24 april 2010 - 6.31 pm

Populasi spesis sebarau ini memang
mudah di dapati seandainya tiada ancaman yang boleh menyebabkan sebarau lari meninggalkan kediamannya. Sebagai contoh sebarau kecil ini berjaya di naikan dengan gewang sure catch bersaiz 5 mm.
Walaupun beratnya tidah sampai 300 gram tetapi kepuasan mempedayakan sebarau ini dengan umpan tiruan adalah penting. Sebarau ini di lepaskan semula untuk ia membesar dan membiak .
Siapa sangka ... himpunan dahan dan ranting-ranting yang dinhayutkan oleh air menjadi kediaman spesis sebarau.... Mungkin ada sebarau atau badon yang lebih besar mendiami himpunan kayu ini....


Isnin, 17 Mei 2010

23 april 2010 - 7.11pm

Siapa tahu ikan jenis todak ini pun menyambar gewang dengan rakus.

Mata gewang stil berkulat yang berbentuk kupu-kupu menjadi daya penarik kepada todak ini.






Ahad, 16 Mei 2010

video sebarau 1



Sebahagian aksi yang berjaya dirakam sendiri....hihihi

Selasa, 4 Mei 2010

13mac2010-9.05am

Sebarau seberat 700gram ini telah ditawan pada pukul 9.05 pagi. senjata yang digunakan rod Abu hornet stringer dam reel Abu Cardinal 804 dengan bantuan tali sulam Power Pro berdaya tahan 30lb.
Kepuasan diperolehi setiap kali ikan sebarau ditawan walaupun tidak besar.

Tempat yang sama sebelum ini diperolihi iaitu di tepi Sungai Cheneh Baru.


Sebarau ini di daratkan dengan tipu helah lure keramat jenis RAPALA tail dance 7mm.



6mac2010-8.16am

sebarau yang seberat 600gram berjaya di naikkan di spot yang sama sebelumnya iaitu di tepi sungai ceneh baru.
Walaupun hasilnya tidak mencapai 1kg tapi kepuasan sambaran dari sebarau yang membuatkan pengewang berpuas hati apabila berjaya naikkan.

Penggunaan lure jenis RAPALA tail dance 7mm setakat ini tidak pernah menghampakan.













Isnin, 3 Mei 2010

5 mac 2010 - 8.30am

Sebarau ni dapat pagi pukul 8.30am. Ia di tawan dengan cara memperdayakan pemangsa ini menggunakan lure jenama RAPALA tail dance 7cm .
Sebarau ini dinaikan dengan bantuan rod Abu hornet stringer 6'6 dan reel Abu garcia Cardinal 804.

Ini lah kepuasan sebenar seorang penggewang bila berjaya memperdayakan Raja Air Tawar ini dengan lure tiruan.


Ahad, 2 Mei 2010

26 februari 2010 - 9.30am

Ikan lampam yang rakus menyambar mata gewang cikgu luthfi. Senyuman puas walaupun tidak berjaya menawan sebarau. Ikan lampan ini dinaikan lebih awal lagi pada pukul 9.15am.
Sebarau seberat 1kg yang berjaya aku tawan pada hari itu dengan menggunakan mata gewang dari jenis RAPALA tail dance saiz 5mm.

Senyuman kepuasan apabila Raja Pembengis Sungai ini berjaya di tawan.


Keadaan air yang sedang-sedang jernih memudahkan ikan ini di tawan.
Ini lah hasil kesabaran dalam mencari kepuasan ber'gewang.