Halaman

Ahad, 2 Mei 2010

26 februari 2010 - 9.30am

Ikan lampam yang rakus menyambar mata gewang cikgu luthfi. Senyuman puas walaupun tidak berjaya menawan sebarau. Ikan lampan ini dinaikan lebih awal lagi pada pukul 9.15am.
Sebarau seberat 1kg yang berjaya aku tawan pada hari itu dengan menggunakan mata gewang dari jenis RAPALA tail dance saiz 5mm.

Senyuman kepuasan apabila Raja Pembengis Sungai ini berjaya di tawan.


Keadaan air yang sedang-sedang jernih memudahkan ikan ini di tawan.
Ini lah hasil kesabaran dalam mencari kepuasan ber'gewang.







15 febuari 2010 - 6.45pm









15 februari 2010 - 6.45pm
Ini sebarau pertama aku tahun ni. tidak besar tapi cukup sebagai pembukaan tahun baru 2010. Lesen sebarau bagi tahun ni dinaikkan pada 15 sebruari 2010 , bertepatan pada pukul 6.45 petang berhampiran jambatan Cheneh baru. . Sebarau muda ini di tawan dengan menggunakan sesudu Abu Atom 12 gram. sesudu ini di sambar oleh sebarau yang tertipu dengan kilauan abu atom yang tiba-tiba keluar dari himpunan kayu dan ranting di tepi sungai. Tawanan ini tidak mengambil masa lama untuk di tewaskan . Ini kerana saiznya yang hanya 300gram dan tidak memerlukan tenaga yang banyak untuk dinaikkan ke darat. Cuma pada sambaran pertama yang mengenai mulut sebarau ini memerlukan sedikit tenaga untuk mengelakkan daripada sebarau ini berpatah semula ke himpunan kayu dengan membawa bersama senjata peng`gewang`.

Gewang oh Gewang......