Halaman

Selasa, 22 Jun 2010

24 april 2010 - 6.31 pm

Populasi spesis sebarau ini memang
mudah di dapati seandainya tiada ancaman yang boleh menyebabkan sebarau lari meninggalkan kediamannya. Sebagai contoh sebarau kecil ini berjaya di naikan dengan gewang sure catch bersaiz 5 mm.
Walaupun beratnya tidah sampai 300 gram tetapi kepuasan mempedayakan sebarau ini dengan umpan tiruan adalah penting. Sebarau ini di lepaskan semula untuk ia membesar dan membiak .
Siapa sangka ... himpunan dahan dan ranting-ranting yang dinhayutkan oleh air menjadi kediaman spesis sebarau.... Mungkin ada sebarau atau badon yang lebih besar mendiami himpunan kayu ini....


Isnin, 17 Mei 2010

23 april 2010 - 7.11pm

Siapa tahu ikan jenis todak ini pun menyambar gewang dengan rakus.

Mata gewang stil berkulat yang berbentuk kupu-kupu menjadi daya penarik kepada todak ini.






Ahad, 16 Mei 2010

video sebarau 1



Sebahagian aksi yang berjaya dirakam sendiri....hihihi

Selasa, 4 Mei 2010

13mac2010-9.05am

Sebarau seberat 700gram ini telah ditawan pada pukul 9.05 pagi. senjata yang digunakan rod Abu hornet stringer dam reel Abu Cardinal 804 dengan bantuan tali sulam Power Pro berdaya tahan 30lb.
Kepuasan diperolehi setiap kali ikan sebarau ditawan walaupun tidak besar.

Tempat yang sama sebelum ini diperolihi iaitu di tepi Sungai Cheneh Baru.


Sebarau ini di daratkan dengan tipu helah lure keramat jenis RAPALA tail dance 7mm.



6mac2010-8.16am

sebarau yang seberat 600gram berjaya di naikkan di spot yang sama sebelumnya iaitu di tepi sungai ceneh baru.
Walaupun hasilnya tidak mencapai 1kg tapi kepuasan sambaran dari sebarau yang membuatkan pengewang berpuas hati apabila berjaya naikkan.

Penggunaan lure jenis RAPALA tail dance 7mm setakat ini tidak pernah menghampakan.













Isnin, 3 Mei 2010

Lubuk ku tawan

Himpunan ranting kayu di sungai merupakan rumah bagi sebarau. Di sini lah sebarau seberat 1.2kg berjaya di naikkan.
Sungai di dalam sebuah ladang kelapa sawit di Cheneh Baru , kemaman. Yang mana telah berjaya menawan sebarau seberat 1.7kg. Dengan keadaan sungai yang sempit ramai yang tidak menyangka lubuk ini mempunyai penghuni yang mana beratnya boleh mencecah sehingga 3kg.


koleksi lure aku