Halaman

Selasa, 4 Mei 2010

13mac2010-9.05am

Sebarau seberat 700gram ini telah ditawan pada pukul 9.05 pagi. senjata yang digunakan rod Abu hornet stringer dam reel Abu Cardinal 804 dengan bantuan tali sulam Power Pro berdaya tahan 30lb.
Kepuasan diperolehi setiap kali ikan sebarau ditawan walaupun tidak besar.

Tempat yang sama sebelum ini diperolihi iaitu di tepi Sungai Cheneh Baru.


Sebarau ini di daratkan dengan tipu helah lure keramat jenis RAPALA tail dance 7mm.



6mac2010-8.16am

sebarau yang seberat 600gram berjaya di naikkan di spot yang sama sebelumnya iaitu di tepi sungai ceneh baru.
Walaupun hasilnya tidak mencapai 1kg tapi kepuasan sambaran dari sebarau yang membuatkan pengewang berpuas hati apabila berjaya naikkan.

Penggunaan lure jenis RAPALA tail dance 7mm setakat ini tidak pernah menghampakan.